Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..,
Terutama sekali saya ingin panjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerna dengan limpah kurniaNya saya masih bisa berbicara, menulis, hidup dalam keadaan yang tenang, sihat serta aman dan yang paling penting sekali diberikan akal yang waras.
Kewujudan Blog ini amat penting sekali kerana ia menghasilkan satu "Suara Baharu" atau new voice atau yang lebih tepat lagi the new people voice dan Blog juga telah menghasilkan dan mencetus suatu cara pemikiran baharu dikalangan rakyat Malaysia.
Saya mula mengikuti perkembangan penulis-penulis Blog sejak tahun 2008 dan aktif membaca serta memberikan komen dalam beberapa Blog yang saya anggap relevan untok dibaca. Saya mula terfikir untuk membuat Blog semalam setelah sembahyang subuh saya mula mendaftar akaun dan menerbitkan artikel ini sebagai tanda bermulanya tulisan saya dalam Blog ini.
Apa yang penting sekali, saya harap supaya kita semua menyuarakan pandangan dan pendapat secara berhemah serta bertanggungjawab.
Salam Takzim.
-Senja Permai-
Wednesday, May 26, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)